Kami adalah Sate Kajang yang telah beroperasi sejak sekian lamanya di Bandar Kajang. Keenakkan rasa Sate kami telah menjadi trademark kepada pengemar-pengemar.Kami di kenali SATAY KAJANG TERSEDAP!

Sejarah Sate Kajang

Sate Kajang dipelopori oleh Tasmin Bin Sakiban . Beliau berasal dari Pulau Jawa, Indonesia.Tasmin sampai di Kajang melalui Sungai Langat dan berlabuh di tebing Sungai Jerlok (belakang Plaza Metro sekarang). Haji Nor @ Wak Darmon bapa saudara Tasmin yang mengajaknya datang ke Kajang.
 
 
Adik kandung Tasmin iaitu Rono Bin Sakiban telah sampai di Kajang lebih awal iaitu tahun 1911.

Tasmin memulakan perniagaan di Kajang dengan menu makanan sup dan nasi kepal atau ketupat.Sate dimakan dengan semua pelanggan mencelup sate dalam satu mangkuk kuah yang besar.Sate dijual secara berkandar di sekitar kawasan Kajang bermula dari Kampung Paya Besar, Batu 14 hingga Pekan Kajang. Penjaja sate ini akan menyinggah dirumah-rumah yang memanggilnya di sepanjang perjalanan. Rono turut membantu Tasmin dalam menjual Sate secara sambilan. Beliau berkerja di Ladang getah dibeberapa tempat seperti West Country, Kajang.

Maklum Balas dari pelanggan telah mengubah cara sate di sajikan. Haji Tasmin memperkenalkan Sate mangkuk besar dan mangkuk-mangkuk kecil untuk setiap pelanggan. Para pelanggan tidak lagi berkongsi mangkuk untuk mencelup kuah, kemudian disediakan mangkuk kecil dan cili untuk pelanggan yang inginkan rasa kuah yang lebih pedas.
Sate (Masakan Malaysia) adalah hirisan kecil-kecil dari makanan (ayam,daging,perut dan sebahaginya) yang dicucuk hujung sebatang lidi atau buluh dan dibakar diatas arang yang sedang membara panasnya.

Sementara itu, dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Jilid 4) menjelaskan Sate adalah makanan tradisional yang diperbuat daripada daging, ayam atau perut lembu yang dipotong kecil-kecil, dicucuk ke lidi dan dipanggang. Sate dimakan dengan kuah yang dimasak daripada kacang tanah bercampur cili, rempah-rempah, gula dan asam. Untuk membuat Sate, daging lembu,kambing atau ayam perlu dipotong kecil-kecil dan dikerap beberapa waktu bersama-sama campuran rempah. 
SATAY KAJANG TERSEDAP !






2009 Satay Klasik . All rights reserved.
Home      Pembekal Satay        Tempahan Satay
APA ITU SATE ?
SATAY

MALAYSIA






Pelanggan Kami